Minum Petang di Sukand's Food Station Port Dickson

MINUM PETANG DI SUKAND'S FOOD STATION, PORT DICKSON | Semalam saya sekeluarga berjalan-jalan bersiar-siar di Port Dickson untuk menikmati angin petang. Pada petang itu cuaca redup kerana matahari mulai turun. Air laut ketika itu sedang pasang.

Saya minum petang bersama keluarga di Sukand's Food Station terletak berhampiran Terminal Bas Port Dickson. Kami sekeluarga sudah pernah berkunjung ke restoran ini.

Sukand's Food Station di Port Dickson

Kami mengambil tempat di meja nombor R3. Selepas kami mengambil tempat duduk, pelayan restoran mengambil pesanan. Saya telah memesan minuman kegemaran iaitu milo tabur, mama memesan epal asam boi manakala papa memesan cendol.

Nombor meja R3

Saya rasa lapar dan teringin makan western food. Saya pesan spaghetti cabonara, mama memesan lamb chop kegemaran mama manakala papa memesan nasi ayam hainan. Satu set meatballs dan fries ini kami pesan untuk kongsi dan makan sama bersama.

Meatballs and fries
Meatballs and fries with black pepper sauce
Untuk pengetahuan pembaca, restoran Sukand's Food Station ini terkenal dengan makanan hidangan nasi ayam hainan. Saya pernah memesan nasi ayam hainan ini dan rasanya sedap. Nasi ayam ini lembut dan ayam panggang garing.

Nasi ayam hainan

Makanan kegemaran mama ialah lamb chop dimakan bersama sos black pepper. Saya ada meminta sedikit lamb chop ini. Sedap kerana daging yang lembut. Sos black paper pepper juga tak pedas dan sedap. Lamb chop ini dihidangkan bersama fries dan daun salad.

Lamb chop with fries
Ini pula makanan kegemaran saya iaitu spaghetti carbonara. Pertama kali saya memesan menu ini di sini. Rasa spaghetti carbonara ini sedap kerana terdapat sosej, cendawan dan keju. Saya suka mozzarella dan parmesan cheese.


Spaghetti carbonara

Saya suka makan spaghetti carbonara ini bersama milo tabur sejuk. Puas hati sebab semua makanan yang saya makan di restoran ini sedap. Saya amat berpuas hati dengan semua makanan yang dipesan di restoran ini kerana rasanya sedap.

Milo tabur
Okay inilah gambar saya sedang menikmati spaghetti carbonara.

Ini saya

Semua makanan ini berjumlah RM49.50. Harga untuk setiap makanan dan minuman seperti yang ditunjukkan tertera pada resit.


Resit di Sukand's Food Station Port Dickson

Selepas minum petang, kami menuju ke Port Dickson Waterfront untuk menikmati angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Ombak kuat ketika itu. Saya dan mama bergambar sebelum pulang ke rumah. Papa tunggu dalam kereta kerana tak mahu berpanas, hehehehe

Port Dickson Waterfront
Saya sedang memandang kapal yang sedang bergerak dipukul ombak.. Setakat ini sahaja. Terima kasih sudi baca blog saya..



Regards,



4 comments :

Designed For Redza Channelz | Copyright Reserved 2019